Mansor Puteh mniggal dunia

Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh meninggal dunia selepas kereta Proton Isawara dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Alam Damai, Cheras, di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 10.10 pagi dan kenderaan dipandu pengarah berusia 71 tahun itu terbabas sendiri di lokasi kejadian.

Mansor Puteh meninggal dunia
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa memandu dari arah Taman Len Seng menghala Ke Taman Alam Damai sebelum kenderaan dipandu hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),”katanya.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita duka kehilangan seorang lagi permata seni, Mansor Puteh yang terlibat dalam nahas jalan raya dikongsikan oleh pengarah dan pelakon, Mior Hashim Manap.

Ujarnya, dia menerima khabar duka tersebut menerusi pesanan dalam kumpulan WhatsApp yang dikongsikan oleh anak buah sahabat mereka yang juga anggota polis trafik.

Terdahulu, Mansor dikenali dengan sikapnya yang suka menderma darah dan pernah menerima sijil pengiktirafan atas sumbangannya menderma darah sebanyak 500 kali pada 2018. Pada 2021 dilaporkan Mansor adalah rakyat kedua terbanyak menderma darah dalam negara.

Sumber: Harian Metro (Fatin Farhana Ariffin) Muhaamad Hafis Nawawi

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*