Anak pergi selamanya slps kritikal mon kerepok berisi racun tikus.

LULUH hati seorang ibu apabila salah seorang daripada dua anaknya yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus, meninggal dunia pada pagi Rabu.

Mangsa, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian yang berusia tiga tahun menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi.

Khabar duka itu disahkan oleh ibunya, Nurain Hasnorizal, 25.

“Abang (Muhammad Akil Syauqi) sudah tiada (meninggal dunia) ketika terima rawatan.

“Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan,” katanya dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Terdahulu, dilaporkan Muhammad Akil dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan keropok didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim di Kedah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa yang melihat anaknya muntah di rumah sebelum membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan kemudian ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera tergantung di dawai besi pagar kebun itu yang mengandungi racun bagi tujuan memerangkap monyet.

Menurut Azizul, kedua-dua beradik yang berada dalam keadaan kritikal kemudian dirujuk ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

sumber : mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*