Operasi mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India yang masuk hari keempat dimulakan pagi ini selepas pencarian di dalam enam lurang kumbahan tidak membuahkan hasil malam tadi.
Operasi Diteruskan Dengan Bantuan Pakar
Tinjauan Astro AWANI di lokasi mendapati meskipun hujan renyai, pengamal media setia menanti perkembangan terkini di loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Difahamkan, pakar dalam bidang mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Pertahanan Awam) akan tiba di lokasi sebentar lagi.
Dalam masa sama, sebilangan besar pemandu memperlahankan dan memberhenti kenderaan mereka untuk merakam gambar di kawasan sekitar operasi.
Operasi SAR membabitkan agensi seperti JBPM, Pertahanan Awam, PDRM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan IWK.
Semalam, enam lurang kumbahan sekitar lokasi SAR di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, di sini, dibuka secara berperingkat setelah usaha mencari mangsa di kawasan dilaporkan mangsa menemui jalan buntu.
Enam lurang kumbahan itu adalah di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi pada Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Anak buat pengesahan wajah mngsa tanah jerlus Masjid India.
Anak lelaki mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Surya, mengesahkan kesahihan wajah ibunya, Vijayaletchumy, 48.
Anak Sahkan Wajah Ibu
“Ya, betul, itu ibu saya,” katanya ringkas ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.
Wartawan: Ini gambar ibu kamu? Surya: Ya betul. Wartawan: Kamu boleh cakap (bahasa) Tamil? Surya: Boleh, sikit-sikit (sambil mengangguk)
Lebih Tenang
Melihat raut wajah jejaka berusia 20-an itu, dia kelihatan lebih tenang dan emosinya stabil berbanding hari pertama kejadian.
Setakat pukul 8 malam, Surya masih lagi menunggu di perkarangan lokasi kejadian untuk mengetahui perkembangan semasa dan sangat mengharapkan agar ibunya dapat ditemukan dalam masa terdekat.
Pada kejadian pagi Jumaat, seorang mangsa warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarganya untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan menuju ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian itu berlaku.
Sumber: AWANI
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply