Suspek kes keropok beracun ditahan, penyiasat jumpa bukti penting dilonggokan sampah.

KULIM: Pasukan penyiasat Kementerian Kesihatan (KKM) menemui satu peket racun tikus yang dipercayai diletakkan dalam bungkusan keropok dimakan dua beradik, yang seorang daripada mereka meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal.

Peket kosong yang sudah dibuka tertera tulisan Cina itu ditemui pasukan terbabit yang melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian iaitu di kawasan kebun dan rumah di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini, hari ini.

Peket racun tikus dijumpai dekat longgokan sampah - Kosmo Digital
Sumber memaklumkan, peket racun tikus jenis serbuk itu ditemui berdekatan longgokan sampah.

Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di kawasan itu hari ini mendapati, sepasukan polis mengunjungi rumah terbabit namun pemiliknya tiada.
Pasukan berkenaan berada di kawasan itu kira-kira sejam untuk menunggu pemilik rumah berkenaan sebelum beredar.

Suspek kes keropok beracun direman enam hari

KULIM: Seorang pekebun ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan membabitkan kematian seorang kanak-kanak selepas disyaki makan ringan berupa keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini.

Permohonan reman ke atas lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pemilik kebun dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad bermula hari ini hingga 17 Julai.
Ad ended

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, penahanan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Menurut beliau, suspek ditahan di Lubuk Buntar, Bandar Baharu, petang semalam.

Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Padang Ubi itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesalahan dadah.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki bercampur racun meninggal dunia pada pagi Rabu.

Jenazah Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling pada jam kira-kira 9.45 malam tadi.

Sementara adiknya, Muhammad Luth, 2, dilaporkan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Terdahulu, media melaporkan, dua kanak-kanak itu kritikal selepas termakan keropok disyaki bercampur racun yang digantung di pagar dawai besi dekat kebun tidak jauh dari rumah mereka.
Perbuatan itu dilakukan pemilik kebun dipercayai bagi tujuan menghalau haiwan liar yang berkeliaran dan mengganggu tanaman yang diusahakan mereka.

Sumber : astroawani
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*