LIHAT VIDEO DIBAWAH…
Tragedi pilu telah menimpa seorang kanak-kanak berusia 5 tahun selepas dilanggar kemudian diheret van sekolah selepas turun daripada kenderaan berkenaan.
Dipetik daripada Sinar Harian, pemandu van berkenaan berulang kali memohon maaf kepada ibu mangsa kemudian beredar untuk menghantar pelajar-pelajar lain ke rumah. Ibu mangsa dan Nurhafiza terpaksa dibawa oleh jirannya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Malahan pemandu van itu mendakwa Nurhafiza telah dilanggar ketika berjalan di belakang van berkenaan selepas mengekori abangnya yang berada dihadapan berusia 6 tahun.
Penipuan pemandu van terbongkar selepas jiran mangsa menyerahkan rakaman CCTV kepada ibu mangsa. Kelihatan Nurhafiza telah mengekori abangnya berjalan ke arah hadapan van menuju ke rumah mereka yang berada diseberang jalan. Selepas abang mangsa melintas, Nurhafiza masih berada dihadapan van kemudian dilanggar oleh pemandu van.
Abang mangsa terkejut kemudian berpatah balik melihat keadaan adiknya, manakala pemandu turut turun daripada van dan berlari ke rumah mangsa untuk memberitahu ibu mangsa.
Karmin Kahil, 39 tahun ibu mangsa berharap rakaman CCTV tersebut dapat membantu siasatan polis serta memperjelas kekeliruan dalam kejadian yang menimpa anakanya. Malahan dakwaan mangsa berjalan ke belakang van adalah tidak benar.
VIDEO:
Menurutnya, “apa-apa pun alasan yang diberikan pemandu van tersebut, semua berpunca daripada kecuaiannya. Dia sepatutnya melihat kanak-kanak melintas jalan terlebih dahulu”.
Dalam kejadian 11.35 pagi semalam, Hafiza disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika menerima rawatan.
Sumber : borakviral.life
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply