Semalam tepat jam 12.21 tengah hari, sebuah telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini berjaya ditemui oleh anggota daripada Unit Sub Akuatik Forensik IPK Selangor. Bahan yang mampu menjadi bukti penting tersebut dijumpai selepas kira-kira 1 jam kerja-kerja menyelam dilakukan di parit sekitar ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Bernam.
“Selalunya Tanda Terima Kasih” Wartawan Rasai Tiupan Angin Saat Telefon Ditemui
LIHAT VIDEO DIBAWAH SKALI
Anggota jerit “phone, phone, phone“…Kami pun gelabahlah, kita pun ambil gambar
Dalam pada itu, salah seorang pengamal media iaitu Fareez Azman yang merupakan wartawan daripada stesen TV3 sempat berkongsikan satu kejadian aneh sewaktu telefon berkenaan dijumpai. Selepas pihak polis memaklumkan penemuan tersebut, tenaga media bergegas menangkap gambar sebelum mereka tiba-tiba merasai satu tiupan angin. Walhal sebelum itu, Fareez berkata suasana di ladang sawit berkenaan tidak berangin.
“Selalunya Tanda Terima Kasih” Wartawan Rasai Tiupan Angin Saat Telefon Ditemui
Pengalaman sebelum-sebelum ini pun begitu…Maybe it’s a symbol of thanks
Namun saat itu, mereka semua tidak berfikiran bukan-bukan dan menganggap ia sekadar angin lalu. Kemudian, seseorang yang turut berada di sana berkata kemungkinan tiupan angin itu merupakan tanda terima kasih Allahyarhamah kepada pihak-pihak yang cuba merungkai kebenaran di sebalik pemergian pilunya.
“Selalunya Tanda Terima Kasih” Wartawan Rasai Tiupan Angin Saat Telefon Ditemui
“Selalunya Tanda Terima Kasih” Wartawan Rasai Tiupan Angin Saat Telefon Ditemui
Saya ada dalam live wartawan ni, memang meremang dengar cerita abang ni
Menjengah ke ruangan komen, netizen terus mendoakan semoga Allahyarhamah Farah mendapat keadilan sewajarnya. Apa jua maksud di sebalik tiupan angin tersebut, hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.
“Selalunya Tanda Terima Kasih” Wartawan Rasai Tiupan Angin Saat Telefon Ditemui
VIDEO :
KREDIT : Fareez Azman & TikTok iffahnurdini
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply