Sejak pagi tadi, kita semua dikejutkan dengan insiden tanah jerlus yang berlaku di sekitar kawasan Masjid India, Kuala Lumpur menyaksikan seorang pelancong asing dipercayai warganegara India tertimbus ke dalam lubang yang cukup dalam. Hingga saat ini, situasi sebenar wanita tersebut masih belum dapat dipastikan lagi.
Usaha mengesan wanita tersebut dijalankan sejak pagi tadi
Walau bagaimanapun, pihak berautoriti termasuklah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah memulakan usaha untuk mengesan wanita tersebut sejak 8.22 pagi tadi. Oleh kerana pencarian secara manual tidak menemukan apa-apa hasil, mereka terpaksa mengorek tanah berkenaan bagi memperluaskan kawasan pencarian.
Rakaman CCTV detik cemas wanita termasuk dalam tanah jerlus
Menerusi rakaman CCTV premis berdekatan, wanita tersebut dikatakan sedang berjalan kaki dari Selangor Mansion menuju ke arah Lebuh Ampang. Ketika dia melangkah bersebelahan dengan kerusi batu yang diduduki beberapa orang awam , tiba-tiba permukaan laluan itu terus tertimbus ke bawah. Orang ramai juga mulai panik dan segera memeriksa kelibat wanita berkenaan. Namun mereka sendiri tidak mampu berbuat apa-apa.
Banyak aspek perlu dipertimbangkan dalam merangka langkah-langkah menyelamat
Jika dilihat daripada paparan CCTV, lubang tersebut mungkin nampak tidak begitu besar. Namun menurut pihak penyelamat, wanita berkenaan kemungkinan terperangkap dalam lubang berkedalaman 8 meter.
Kerja-kerja menyelamat sudah dijalankan lebih 8 jam
VIDEO CCTV
KREDIT : TikTok selangortv & Portal astro awani
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply