Wanita beri ‘hint’ sejak 10 Julai hampir tepat!

LIHAT PERBUALAN WS DIBAWAH SEKALI..

BAGI ramai pengguna media sosial, wanita dikenali sebagai Hanna Ali cukup dikenali dengan kebolehanan mencari petunjuk untuk menjejaki barang atau individu yang hilang.

Apa yang mengejutkan, wanita itu sebenarnya sudah berkongsi petunjuk tentang kehilangan Allahyarham Nur Farah Kartini pada 10 Julai lalu sebelum mayatnya ditemukan pada Isnin, 15 Julai.

Dalam perkongsian di Facebook pada 11 Julai, Hanna berkata dia mendapat petunjuk mengaitkan kehilangan Allahyarham dengan individu berusia belasan tahun atau 20-an.

“Berkait dengan budak belasan tahun atau 20-an, dia berada di bawah sesuatu. Insya-Allah boleh dapat balik, Wallahualam,” ujarnya.

Nur Farah Kartini ditemui mati, dipercayai dibunuh - Sinar Harian

Namun kata wanita itu, petunjuk yang diperolehnya berubah pada keesokan harinya.

“Hari ini kedudukan dia di atas, 11 Julai 2024. Atas ni sama ada dalam kenderaan atau dalam rumah atas,” kongsinya lagi.

Rentetan itu Hanna turut berkongsi tangkap layar perbualan melalui Facebook Messenger dengan seorang individu yang mendakwa sebagai rakan Allahyarham pada 13 Julai.

“Hari pertama dia hilang, saya dah bagi hint. (Hari) kedua dalam kenderaan, hari ketiga di tengah. Dia naik kereta orang yang dia kenal ke?

“Hint ni tak boleh bagi semua tarikh. Petunjuk ni Allah yang izinkan. Kalau saya tengok untuk hari semalam (12 Julai), dia berada di tengah.

“Tengah ni maksudnya dalam hutan, semak, air laut, sungai. Ini salah satu maksud tengah. Last detect kat mana? Dia diculik atau dia ikut someone?” tulis Hanna kepada rakan Allahyarham.

Menurut Hanna lagi, dia hanya berkomunikasi dengan dua rakan Allahyarham menerusi Messenger dan WhatsApp.

“Petunjuk tu tetap akan dapat sama kalau orang datang bertanya lagi pada saya walaupun dah banyak hari hilang. Hint saya tetap sama saya bagi pada sahabat arwah.

NFK

“Seorang perempuan seorang lagi lelaki yang chat di Messenger dan seorang lagi di WhatsApp. Saya tak perlu berdebat dengan orang yang tak faham hint saya. Petunjuk ni semua dengan izin Allah.

“Apa pun kecaman orang pada saya. Alhamdulillah. Saya hanya bantu orang yang ingin dibantu. Bismillah, La Haw La Wala Quwatailla Billah, Allahuakbar,” tulisnya dalam satu hantaran.

Semakan di Facebook mendapati ramai netizen sering menghubungi Hana bagi mencari petunjuk barang, individu atau haiwan peliharaan mereka yang hilang.

Seorang suspek direman bagi membantu siasatan kes itu.

Untuk rekod, Nur Farah Kartini yang juga lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat kira-kira 8 malam, 10 Julai.

Laporan kehilangan gadis dari Sarawak itu dibuat pada 1.56 pagi, 11 Julai.

Misteri kehilangan Nur Farah Kartini akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin.

Seorang suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Slim River ditahan pada hari sama sebelum dia direman pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

May be an image of slow loris and text that says "Assalammualaikum Encik dgn farah ada kaitan apa? JUL 13 AT 6:49 PM Waalaikumsalam.. Kwn Je.. Boleh sy tnye.. Akk dpt x kesan farah di mn? You can now message and call each other and see info like active status and when you have read messages. Hari pertama dia hilang, sya dah bagi hint, kedua dalam kenderaan, hari Ke3 di tengah. Dia naik kereta org yg dia knal ke?"

 

May be an image of text that says "sy antar kawan kpd Nurfarah Kartini yg dikhabarkan hilang sejak 10/7 *antara JUL 13 AT 7:10 7:10AM Hint ni tak boleh bagi semua tarikh. Petnjuk ni Allah yang izinkan. Kalau sya tgok utk hari semalam dia berada di tengah. Tengah ni maksudnya dlm hutan, semak,air laut,sungai. Ini salah satu maksud tengah. Lst detect dia ke mana? Dia di culik ke or dia ikut someone? 2replied replied to you Tengah ni maksudnya dlm hutan, semak,ai air laut, aut,sungai. Ini salah satu maksud tengah. Allahuakbar"

 

 

May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Awk dn kawn2 yg cpt cptye ye lain kena bertindak 4:06 Jangan tunggu 4:07PM Sian kwan tu 4:07PM Dah laa perempuan 4:07 Kereta apa dia pakai? 4:07PM"

 

May be an image of 1 person, headscarf and text

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*