Selain kediaman asal, ibu Zayn turut dibawa ke satu kwsn lain oleh pihak polis.

PETALING JAYA – Polis membawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Dianggarkan seramai 10 petugas media berada di lokasi bagi melaporkan prosedur terbabit dan perkembangan terkini kes itu.

Wartawan yang berada di lokasi mendapati suspek wanita itu tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Difahamkan, suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman, bagi melakonkan semula kejadian.

Selain itu, juga kelihatan anggota polis membawa patung kanak-kanak, bagaimanapun tujuannya masih belum dapat dipastikan.

No Image Caption
Kawasan sekitar lokasi kejadian juga dikawal ketat oleh anggota polis.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan ibu bapa kepada Zayn Rayyan yang direman selama tujuh hari berakhir Jumaat, disambung reman kali kedua selama enam hari lagi sehingga Rabu depan.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber : sinar Harian
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*