LIHAT VIDEO SISTER ADEBAH DIBAWAH SEKALI….
Saman lewat UPNM, tukang tilik: Bapa arwah Zulfarhan rujuk peguam
KUALA LUMPUR: Bapa Allahyarham Zulfarhan Osman memaklumkan beliau akan merujuk peguam terlebih dahulu bagi membincangkan permohonan kepada mahkamah untuk mengambil tindakan saman lewat terhadap pentadbiran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Zulkarnain Idros, 60, berkata beliau juga akan merujuk peguamnya bagi membincangkan tindakan saman terhadap tukang tilik atau mana-mana pihak lain yang mempunyai kaitan dalam kejadian menimpa anaknya itu tujuh tahun lalu.
“Isu berkenaan saya perlu rujuk semula pada peguam saya,” katanya ringkas kepada BH hari ini.
Dalam pada itu, Zulkarnain memaklumkan setakat ini beliau belum bertemu peguamnya untuk berbincang mengenai perkara berkenaan.
Ia susulan pelbagai pihak termasuk pengamal undang-undang dan masyarakat luar yang mencadangkan beliau mengambil tindakan saman terhadap mereka yang terbabit dalam kes berkenaan.
Zulkarnain sebelum ini mendedahkan pernah berhasrat mengambil tindakan saman terhadap pentadbiran UPNM pada 2022, namun terpaksa dilupakan.
Dia bagaimanapun berkata, perkara itu terpaksa dilupakan kerana beliau terpaksa berdepan kerenah birokrasi pihak tertentu.
“Saya ada buat (tindakan) saman kepada pihak UPNM, tetapi oleh kerana birokrasi pihak tertentu yang melambatkan dokumen menyebabkan tarikh saman berkenaan tamat.
“Tarikh tamat saman berkenaan adalah tiga tahun daripada tarikh kejadian dan tindakan saman berkenaan dilakukan melalui peguam saya ketika itu,” katanya.
Selasa lalu, Mahkamah Rayuan mendapati enam bekas penuntut UPNM bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu dan memerintahkan mereka dihukum gantung sampai mati.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Peguam Mahmud Abdul Jumaat dalam perkongsiannya mengenai perkara berkenaan di Facebook berkata, perkara itu (memfailkan saman) telah melebihi tempoh enam tahun iaitu had masa untuk memfailkan saman fitnah ke atas tukang tilik terbabit.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia boleh dibuat dengan memohon kebenaran daripada pihak mahkamah untuk kebenaran memfailkan saman melebihi had masa.
“Sebab itu dalam kes begini perlu ada peguam pemerhati untuk menasihatkan apa keluarga boleh buat dari sudut perundangan,” katanya.
Kes zulfarhan dari sudut medikal (VIDEO)
Leave a Reply