“Saya dianiaya…” Bapa Zayn Rayyan buat pendedahan mngejutkan ramai.

Bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak yang yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, mendakwa dirinya dianiaya dan difitnah.

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Datuk Lantik Peguam Baru Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan

‘Justice Zaim dan Isma’

Memetik laporan Harian Metro, kenyataan itu dikeluarkan oleh bapa kepada Zayn Rayyan ketika ditemui di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya pada Jumaat.

Saya dianiaya, ini semua fitnah.

Sementara itu, peguam, Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau telah dilantaik untuk mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak autistik itu.

Turut berada di luar mahkamah adalah keluarga kepada ibu bapa Zayn yang memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’.

Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah.

Sebelum ini, ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya ketika menaiki tangga ke rumah mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai selepas bermain di taman permainan kawasan tersebut, 5 Disember lalu.

Pada 7 Disember, mayat Zayn Rayyan yang merupakan anak istimewa itu ditemui di aliran sungai berdekatan blok rumahnya. Mangsa disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian. Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa.

Sumber: Harian Metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*