Ramai terkejut ‘plot twist’ k3s bunvh adik Zayn, Pihak p0lis sahkan ini slps ibu bapa Zayn ditahan semalam.

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.50 pagi pada Sabtu untuk direman.

Pasangan suami isteri itu yang memakai baju lokap berwarna oren akan direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan anak sulung mereka itu.

Permohonan reman akan didengar di hadapan Majistret Azura Mohd Saad.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Pasangan berkenaan ditahan di Puncak Alam, kira-kira 11 pagi Jumaat.

Penahanan pasangan itu disahkan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Dua individu itu dijangka direman pada Sabtu.

Namun sehingga kini tiada butiran lanjut dimaklumkan tentang penahanan itu.

Perkembangan terbaharu kes itu turut menjadi topik perbualan di media sosial apabila ia disebut sebagai ‘plot twist’ yang mengejutkan ramai.

“Jauh di sudut hati aku berharap ibu bapa arwah tak terlibat sekali.

“Weh apa ni? Plot twist ke?

“Siapa pun pelaku, semoga segalanya terungkai dan terjawab,” tulis netizen.

Untuk rekod, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai pada malam 6 Disember, sehari selepas dia dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Sumber : sinarharian, mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*