Penyanyi, Nidza Afham pernah minta sedekahkan al-Fatihah jika meninggal dunia pada setahun lalu menerusi posting di Thread.
Perkongsian berkenaan pastinya menjadi perhatian susulan berita pemergiannya yang jasadnya ditemui terdampar di Sungai Klang selepas hampir sehari dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga.
Nidza Afham pernah minta sedekahkan al-Fatihah Ogos tahun lalu
Hantaran yang dibuat pada 27 Ogos 2023 kembali menjadi perhatian apabila hampir setahun selepas itu dia ditemui terdampar di Sungai Klang selepas dilaporkan hilang sewaktu keluar joging 13 Ogos 2024.
“Sedekahkan al-Fatihah nila saya sudah tiada,” tulisnya ringkas.
Nidza Afham pernah minta sedekahkan al-Fatihah, repost pasal kematian sehari sebelum hilang
Dalam pada itu, ramai yang sebak apabila melihat repost yang dibuat olehnya di platfrom TikTok dimana turut bercerita tentang kematian sehari sebelum kejadian berkenaan.
“Kadang-kadang Allah cabut nyawa kita balik kerja naik motor,” ujar perkongsian tersebut.
Perkara tersebut mungkin kebetulan, namun apa yang berlaku sememangnya memberi kesan kepada kenalan rapat dan ahli keluarga memandangkan abang kepada penyanyi, Aufahanie itu ‘pergi’ dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Difahamkan, allahyarham telah keluar dari rumah menaiki perkhidmatan e-hailing sekitar jam 7.58 untuk ke Stadium Klang.
Dia juga sudah menghabiskan lariannya sebelum gagal dihubungi sekitar jam 11 lebih malam.
Nidza Afham pernah minta sedekahkan al-Fatihah
Ahli keluarga mendapati telefon bimbit allahyarham beserta dompet telah ditemui di jambatan Klang sebelum kad debit serta wang tunai lesap.
Sekitar jam 7 malam 14 Ogos 2024, pihak polis telah menemui jasad mangsa terdampat di Sungai Klang dengan pakaian terakhir yang didakwa dipakai olehnya sewaktu keluar melakukan aktiviti joging.
Sumber: Thread nidzaafham
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply