Rakyat mula sebut kebaikan dan jasa arwh.

Rakyat mula sebut kebaikan dan jasa arwh.
Siapa sangka hanya kerana sebatang pen, ketegangan antara dua kuasa besar Asia Timur dapat diredakan dan momen tersebut berlaku berlaku di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

https://tinyurl.com/video-reaksi-dua-pemimpin

Detik unik dan penuh simbolik itu dikenang sebagai ‘diplomasi pinjam pen’, yang tercetus semasa Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) 2005, ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN.

Tun Abdullah redakan keadaan sewaktu 2 negara berada dalam situasi tegang

Menurut penganalisis politik antarabangsa, Ayman Rashdan Wong menerusi hantarannya di Facebook, momen berkenaan berlaku sewaktu hubungan antara China dan Jepun berada pada tahap tegang, gara-gara isu sejarah Perang Dunia Kedua.

Rakyat China marah kerana Jepun dikatakan enggan mengakui jenayah perang mereka, sehingga tercetus demonstrasi besar-besaran, produk Jepun diboikot dan dibakar di China.

Tun Abdullah pujuk beri pinjam pen

Dalam suasana ‘panas’ itu, dua pemimpin utama iaitu Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao hadir ke Kuala Lumpur untuk sidang pertama EAS.

May be an image of 3 people and text

Namun, yang mengejutkan ramai adalah insiden kecil namun sangat bermakna dimana Junichiro Koizumi terpaksa meminjam pen daripada Wen Jiabao kerana alat tulisnya tidak berfungsi ketika hendak menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur yang pertama.

“Aku tak pasti sama ada ia disengajakan atau memang mengikut protokol tapi Koizumi dan Wen telah di tempatkan duduk bersebelahan, sedangkan mereka tak mampu see eye to eye.

“Secara kebetulan (yang ini pun aku tak pasti sengaja atau tak), pen Koizumi yang diletakkan di atas meja tak ada dakwat, pada saat semua pemimpin EAS kena menandatangani dokumen yang dinamakan Deklarasi Kuala Lumpur.

“Maka Koizumi meminjam pen daripada Wen. Wen kelihatan sedikit kekok, nak hulurkan atau tak? Namun Tun Abdullah yang berada di sebelah Wen dikatakan memujuknya untuk meminjamkan pen tersebut kepada Koizumi. Akhirnya, Wen menghulurkan pen itu. Koizumi menerimanya,” tulis Ayman.

Peranan penting Tun Abdullah sebagai pendamai

Peristiwa itu menjadi simbol bagaimana Malaysia melalui Tun Abdullah berjaya memainkan peranan penting sebagai pendamai.

Detik Tun Abdullah 'lembutkan hati' 2 kuasa Asia hanya dengan sebatang pen!

“Itulah seni diplomasi Malaysia, diplomasi yang halus tapi penuh makna. Tak perlu slogan yang gempak, imej yang grand, hanya bertindak sebagai honest broker yang membina jambatan antara kuasa yang saling bertelagah.
“Dan Tun Abdullah adalah salah seorang tokoh terulung dalam seni itu yang semakin dilupakan hari ini,” tulisnya lagi.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.30 malam tadi selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara akibat sesak nafas sejak awal pagi Ahad lalu.
tun abdullah

Jenazah beliau akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara bermula jam 8.30 pagi, dengan penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama Masjid Negara antara pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari, sebelum disembahyangkan selepas Solat Zohor dan dikebumikan di Makam Pahlawan.

Sumber: Facebook Ayman Rashdan Wong

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*