Penduduk Putra Heights Kecewa Bantuan RM5,000 Tak Cukup

Bayangkan raya pertama dengan keluarga bergambar dalam rumah yang cantik dan tiba-tiba rumah yang selama ini menjadi tempat berteduh sudah tidak diduduki pada hari raya kedua. Itulah apa yang dilalui penduduk Putra Heights yang terjejas.

Insiden letupan saluran paip gas sememangnya mengejukan seluruh rakyat Malaysia. Ketika masih terkejut dengan apa yang berlaku, mereka menerima berita bahawa bantuan kewangan hanya sebanyak RM5,000. Bagi ramai mangsa, jumlah ini jauh dari mencukupi.

Kos pembaikan jauh lebih tinggi…

Menurut mangsa, bantuan itu hanya sekadar sokongan sementara dan tidak mencukupi untuk menampung kos pembaikan. Ada rumah yang musnah sepenuhnya, manakala yang lain mengalami kerosakan serius pada struktur.

Mereka berharap kerajaan dapat menimbang semula jumlah bantuan supaya lebih sesuai dengan tahap kerosakan sebenar.

Mangsa harap proses bantuan dipermudahkan…

Petronas Putra Heights terbakar

Selain jumlah yang lebih besar, penduduk juga meminta agar prosedur tuntutan bantuan dipermudahkan. Ketika berdepan saat sukar ini, mereka tidak mahu dibebani dengan proses birokrasi yang merumitkan.

Banyak dokumen penting, ubat-ubatan, dan keperluan harian masih tertinggal di rumah yang belum dibenarkan dimasuki. Mereka berharap ada penyelesaian segera.

235 premis terjejas, 87 rumah musnah sepenuhnya…

pmx

Letupan yang berlaku di Jalan Putra Harmoni itu membabitkan saluran paip gas sepanjang 500 meter. Akibatnya, sebanyak 235 premis terjejas dengan 87 daripadanya musnah sepenuhnya.

Sebahagian mangsa kini terpaksa menumpang di rumah saudara sementara menunggu perkembangan lanjut. Namun, sehingga kini, mereka masih tidak pasti bila boleh kembali ke rumah sendiri.

Sumber: Oh Media

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*