Rupanya Projek Pembinaan Dekat Lokasi Paip Gas Ada Kelulusan

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim mengesahkan bahawa projek pembangunan berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Putra Heights semalam telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan Berita Harian, projek ini tidak berada dalam Rizab Laluan (ROW) PETRONAS dan telah diberikan kelulusan serta kebenaran merancang (KM) pada 2022.

Projek itu melalui proses kelulusan yang sewajarnya, termasuk mendapatkan kebenaran daripada pihak PETRONAS untuk menggunakan ROW bagi laluan Indah Water Konsortium (IWK).

Beliau juga menjelaskan bahawa kontraktor yang terlibat adalah panel yang diluluskan oleh IWK dan PETRONAS.

Siasatan masih berjalan

Petronas Putra Heights terbakar
Susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan kerja-kerja pengorekan dengan kejadian letupan, Datuk Amirul menegaskan bahawa siasatan rasmi masih dijalankan oleh PETRONAS, polis, dan pihak berkuasa.

Buat masa ini, apa yang tersebar di media sosial bukanlah kenyataan rasmi. Kita perlu menunggu hasil siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran dan letupan tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa projek tersebut sepatutnya siap pada Disember tahun lalu, namun mengalami kelewatan kerana masih dalam proses mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Sumber: Oh Media

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*