
Individu buat main berita anak pelakon meninggl dunia dikecam netizen.
Pelakon Amyra Rosli umum berita duka, anak ke-3 ‘pergi’ menghadap ilahi.
Pelakon popular, Amyra Rosli, berkongsi berita sedih apabila mengalami keguguran anak ketiga. Perkongsian sedih itu diumumkan melalui Instagram miliknya pada Isnin. Amyra bagaimanapun rasa redha dan positif dengan dugaan yang menimpa.
Awak singgah sekejap saja dalam perut mommy lepas itu awak pergi. Comel la awak ni. Tiada rezeki.- Tulisnya.
Amyra turut memuat naik gambar bersama suaminya, Amar Baharin, di sebuah pusat perubatan. Meskipun diuji, Amyra memilih untuk terus fokus kepada kehidupannya.
Tak mengapa, kita fokus shooting dulu, let’s go.- Ujarnya optimis.
Selain itu, Amyra sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai kesihatan yang telah menjaganya sepanjang tempoh rawatan.
Di ruangan komen, peminat dan rakan artis tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat, mendoakan agar Amyra terus kuat menghadapi ujian ini.
View this post on Instagram
Leave a Reply