VIDEO PENUH DIBAWAH SKALI….
Di media sosial, kecoh diperkatakan apabila seorang gadis tampil mempersoalkan perangai sebenar pegawai Kadet Laut UPNM, arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain sehingga hal ini terjadi.
Persoalan yang ditimbulkan itu sudah tentu menjadi tanda tanya orang ramai mengenai hubungannya dengan tertuduh. Apatah lagi apabila gadis ini mendakwa mengetahui cerita sebenar.
Netizen mendakwa gadis tersebut merupakan kekasih kepada salah seorang tertuduh berikutan tertulis nama seorang wanita seakan namanya di bio Instagram tertuduh.
Terbaru, viral pula rakaman video sesi live gadis ini yang menafikan dakwaan dia adalah kekasih kepada salah seorang tertuduh.
Namun, dia menolak untuk menceritakan kisah sebenar yang diketahuinya kerana enggan memanjangkan isu. Lagi pula katanya, arwah sudah tenang di sana dan tertuduh juga telah dikenakan hukuman.
Gadis ini turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah menjatuhkan hukum kepada orang lain. Dia menyeru orang ramai mengkaji dahulu sesuatu isu.
Aku berani tweet macam tu sebab memang aku tahu cerita sebenar. Tapi minta maaf sangat-sangat tak boleh nak cerita.
Dia turut meminta maaf dan mengakui silap kerana tidak berfikir dahulu sebelum mengeluarkan ‘tweet’ sedemikian.
Saya tak ada apa-apa hubungan dengan laki tu. Dorang sebenarnya suka hati je cakap Jiha ni girlfriend salah seorang pelaku tu. Padahal nama je kebetulan sama Najiha.
Jelasnya, kebetulan sahaja nama yang dimiliki mereka adalah sama. Dia berharap penjelasan yang dibuat dapat meredakan keadaan.
LIHAT VIDEO :
Kredit: Kai Auburn
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply