Mcm tahu akan pergi selamanya, ini reaksi arwah sblm berpisah buat selamanya.

VIDEO DIBAWAH SEKALI…

Rakan masih ingat lambaian terakhir Farah Kartini sewaktu menghantarnya di lapangan terbang di Sarawak apabila sempat memandang belakang dan mengucapkan selamat tinggal.

Kepulangan yang sangat di nanti, namun…

Dalam posting yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai yun.ahmd, dia mengatakan bahawa kepulangan Farah Kartini sangat dinantikan namun rupanya Allah S.W.T lebih dahulu memanggil allahyarham.

Rakan masih ingat lambaian terakhir, cakap sayang semua

Tambahnya, dia sangat tidak menyangka bahawa Nur Farah Kartini Abdullah, 25 telah meninggalkan mereka semua lebih-lebih lagi dengan ayat terakhirnya yang menyatakan sangat menyayangi rakan-rakannya.

“Bye Donny, bye Nani, bye Yuni, jumpa gik, SAYANG korang,” ujar Farah Kartini sambil melambai ke arah rakan-rakannya.

Rakan masih ingat lambaian terakhir sebelum berlepas ke Semenangjung
Dia yang membawa bagasi serta berpakaian sopan terlihat ceria sebelum berlalu untuk memasuki ruangan berlepas di lapangan terbang terbabit.

Tulis rakan kepada allahyarham lagi, mereka juga sangat menyayangi Farah Kartini dan berharap agar Allah S.W.T meletakkannya di dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Kamek orang pun SAYANG kau lalu² FARAH!!!! Tapi Allah lebih SAYANG kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman, tunggu kamek org kt sinun k,” tulisnya.
Tak sangka itu lambaian terakhir


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui sedih melihat video terbabit kerana siapa sangka insan paling hampir dengan kita telah pergi dengan cara yang cukup menyayat hati.

Mereka juga merasakan bahawa Farah Kartini merupakan insan yang cukup baik lebih-lebih lagi melihat daripada pakaian serta interaksi bersama rakan-rakan.

Rakan masih ingat lambaian terakhir

VIDEO :

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*