Lima Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Bantu Selamatkan Penduduk Kampung

Penduduk Kampung Sri Aman, Ahmad Syawal Hassan, 39, menceritakan detik cemas ketika membantu mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Menurutnya, dia mendengar suara kanak-kanak meraung kesakitan dan menangis kerana bahang api terlalu panas. Keadaan memaksa penduduk dan beberapa warga Pakistan bertindak nekad menyelamatkan mereka dengan menyeberangi sungai.

IKLAN

Warga Pakistan terjun sungai selamatkan kanak-kanak…

Ahmad Syawal pada mulanya cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk sekitar, namun tiada yang berani bertindak.

Saya minta tolong warga Pakistan yang ada di situ dan mereka terus terjun ke sungai untuk menyelamatkan kanak-kanak yang melecur.- Katanya.

Jaaffar Ali, 48, salah seorang warga Pakistan yang membantu, berkata dia terdengar jeritan meminta tolong dari seberang sungai.

Dia cuba memberi amaran agar mangsa tidak menyeberangi sungai kerana arus deras, namun jeritannya tenggelam dalam bunyi letupan kebakaran. Akhirnya, dia sendiri terjun untuk menyelamatkan mereka yang hampir lemas.

“Bahang api terlalu panas sampai rasa dalam air”- Amer Nawab.

Menurut seorang lagi warga Pakistan, Amer Nawab, 48, keadaan ketika itu sangat genting.

Bahang api terlalu panas, dalam air pun boleh rasa panasnya. Masa itu kami tak fikir apa-apa, cuma mahu selamatkan kanak-kanak.- Katanya.

Beberapa kanak-kanak yang diselamatkan mengalami kesan melecur di tangan dan badan, namun mereka bersyukur kerana masih selamat.

Sumber: OhMyMedia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*