
Usahawan kontroversi yang kini menetap di Australia, Sajat luah rasa tidak puas hati apabila tertuduh dalam kes Zulfarhan Osman Zulkarnain lebih percaya bomoh yang mendakwa mangsa mencuri laptop.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman membuat siaran langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut sambil mengulas kes arwah Zulfarhan.
Lebih percaya bomoh (VIDEO DIBAWAH SEKALI>>>)
Bukan itu sahaja, usahawan yang berusia 39 tahun itu turut menyeru pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) mengambil tindakan sewajarnya terhadap bomoh tersebut yang didakwa menggunakan ilmu khurafat.
“Kau lebih percaya bomoh berbanding tuhan? Ya Allah teruk!
“Ini tak ada pulak JAIS nak tangkap bomoh tu, khurafat! Sampai nak membunuh orang.
“Pergi lah JAIS, mana sifat keislaman kau tu..pergi tangkap je bomoh tu senang masuk dalam mahkamah Shariah pula. Jangan dibiarkan.
“Pergilah masuk dalam mahkamah Shariah pula sebab menggunakan akta-akta khurafat yang tidak terkandung dalam al-Quran,” tegasnya.
Lebih percaya bomoh
Lebih percaya bomoh
Ramai setuju dengan Sajat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Sajat JAIS perlu menjalankan tanggungjawabnya dalam mengenakan hukuman sewajarnya terhadap bomoh tersebut yang menjadi antara penyebab arwah Zulfarhan dibuli dengan kejam.
VIDEO:
Leave a Reply