Gitaris kumpulan Spider hembuskan nafas terakhir, pengurus ada katakan sesuatu.

PEMAIN gitar utama kumpulan Spider iaitu Napie meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh sekitar pukul 3.45 pagi hari Jumaat akibat serangan angin ahmar.

Napie atau Hanafi Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada usia 51 tahun.

Pengurus kepada Spider iaitu Azmi mengesahkan perkara tersebut yang juga memberitahu Allahyarham dibawa ke hospital berkenaan selepas dilaporkan dalam keadaan lemah.

“Dia memamg dah lama sakit angin ahmar sebelum ini. Pagi tadi arwah dikatakan lemah dan keluarga membawanya ke hospital.

“Allahyarham meninggal dunia di hospital sekitar pukul 3.45 pagi,” ujarnya.

Napie sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan pada Julai lalu akibat angin ahmar.

Vokalis kumpulan berkenaan iaitu Tam juga pernah berkongsi khabar Napie selamat menjalani pembedahan pada 27 Julai lalu.

Jenazah kini masih masih di hospital sebelum dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang untuk pengurusan jenazah pada pukul 9 pagi.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*