“dia layak utk bahagia dgn siapa2 pun” makin berjujuran air mata Aliff.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz mendedahkan hubungannya dan isteri iaitu Bella Astillah mula renggang sejak November tahun lalu.

Cerita Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 33, semuanya terjadi selepas dia melihat mesej perbualan Bella bersama pelakon baharu iaitu Muaz Zabir.

“Pada 13 November 2023 sesuatu besar jadi sehingga aku hilang kata-kata sebab waktu itu baru aku tahu tentang isteri aku (curang).

“Malam itu aku tak boleh tidur dan bila check telefon Bella di archieve chat aku terdiam.

VIDEO PENUH BAWAH SEKALI….

NP-54

“Tapi aku anggap ini semua kifarah atas dosa-dosa lama aku,” katanya.

Aliff mendedahkan perkara itu menerusi podcast The Common Folks yang di muat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat.

Selepas mengetahui perkara itu, Aliff berkata dia cuba berubah untuk menangkan hati Bella namun sudah terlambat.

Malah, pada satu malam mereka bergaduh sehingga Bella meminta untuk dilepaskan.

“Aku cuba layan isteri aku macam puteri, belajar beli bunga, coklat dan ikut hobi Bella.

“Tapi malangnya semuanya dah terlambat. Pada satu malam tu kami bergaduh dan Bella minta cerai depan anak-anak.

“Aku suruh dia failkan di mahkamah kalau betul-betul nekad dan Bella buat benda itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia dan Bella sudah lebih 40 hari tidak berhubung selepas kontroversinya ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Penyanyi Sayang Sayang itu juga berkata dia berasa takut untuk bercakap kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan.

Tapi aku anggap ini semua kifarah atas dosa-dosa lama aku,
ALIFF AZIZ
PELAKON DAN PENYANYI

“Kali terakhir bercakap dengan Bella dan anak-anak mungkin lebih 40 hari lalu.

“Komunikasi memang sudah tiada lagipun nombor kena sekat. Jadi aku takut nak dengan suara Bella risau beri kesan pada mental aku.

“Aku tak lari tapi situasi sekarang sangat kucar-kacir dan aku sendiri tak tahu nak mula dari mana,” ujarnya.

VIDEO PENUH :

Sumber : Mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*