“dia buat baik depan kita tpi belakang kita dia jahat” Ruhainies minta berhati2 dgn individu ini.

Pelakon sensasi, Ruhainies kembali kongsi kata2 hikmah di Insta Story miliknya dengan memuat naik semula video dari seorang pakar motivasi berkenaan tentang individu ‘paling jahat’ dalam kehidupan kita.

Kongsi di Insta Story

Menerusi posting ulang tersebut, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32 meminta pengikutnya berhati-hati dengan individu seperti yang dimaksudkan.

ruhainies kembali

“Orang yang paling jahat sebenarnya ialah orang yang hasut orang lain untuk buat jahat kepada kita tapi dia nampak buat baik depan kita tapi di belakang kita dia jahat,” ujar pakar motivasi tersebut.

Ruhainies kembali kongsi kata-kata hikmah, kena bijaksana buat keputusan
Susulan daripada kupasan berkenaan individu paling jahat yang dimaksudkan, pakar motivasi itu menasihatkan supaya orang ramai untuk lebih bijaksana dalam membuat sebarang keputusan ataupun mempercayai seseorang.

Beliau turut meminta supaya kita semua memahami dan menjaga diri supaya terlindung daripada segala perkara-perkara yang memberi kesan negatif kepada diri sendiri.

Ruhainies kembali kongsi kata-kata hikmah lepas share 4 golongan haram disentuh api neraka

Perkongsian yang dibuat Ruhainies ini nampaknya menarik perhatian ramai memandangkan dia sebelum ini beberapa kali memuat naik kata-kata hikmah di media sosial miliknya.

Terdahulu, Ruhainies juga pernah berkongsi ilmu dengan menyatakan empat golongan yang haram disentuh api neraka di Insta Story sebagai tatapan pengikut yang sentiasa memantau perkembangan terbarunya.

ruhainies kembali

Sekadar info, Ruhainies yang menjadi perhatian netizen di media sosial sejak isu tangkap khalwat bersama aktor dari Singapura memaklumkan sudah tidak berhubung dengan Aliff Aziz selepas tularnya tangkapan layar perbualan mereka platfrom WhatsApp.

Dia yang beberapa kali tampil berhadapan dengan media dilihat sudah ‘move on’ dan mahu membuka buku baru setelah pelbagai kontroversi melibatkan dirinya membuat gempar industri seni Tanah Air.

Sumber: Instagram Ruhainies7, OMM
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*