
Selepas tularnya tragedi letupan saluran gas di Putra Heights yang menggemparkan seluruh negara, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) tampil menarik semula kenyataan media yang dikeluarkan lebih awal pada hari kejadian.
Bawah ni kenyataan petang tadi dan pihak CIDB tarik semula.
Dalam kenyataan terbarunya, CIDB menjelaskan bahawa tindakan itu diambil bagi menghormati proses siasatan yang masih berjalan dan melibatkan pelbagai pihak berkuasa.
CIDB ingin memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang tercetus akibat kenyataan tersebut terutamanya kepada penduduk yang terkesan.- Jelas agensi itu.
Menurut CIDB, mereka tidak mahu mendahului hasil siasatan rasmi dan memberi jaminan untuk membantu sepenuhnya pihak berkuasa dalam menyelesaikan kes ini secara telus dan adil.
Agensi itu turut menegaskan bahawa mereka komited terhadap integriti serta tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran standard keselamatan dan peraturan industri pembinaan.
Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau ketidakpatuhan, tindakan sewajarnya akan diambil tanpa sebarang pengecualia.- Kata mereka lagi.

Sementara itu, suasana di Putra Heights dilaporkan masih dalam kawalan dengan pihak berkuasa giat menjalankan pemantauan serta membantu mangsa yang terkesan.
Letupan tersebut sebelum ini menyebabkan kebakaran besar hingga memaksa penduduk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara, malah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut turun padang meninjau situasi.
Sumber: Oh My Media
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply