Baru sahaja ibu bapa Zayn mengaku tidak bersalah, ini pula nasib datuk dan nenek Zayn.

Petaling Jaya: Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Disember lalu, kemungkinan akan dibebaskan pagi ini.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, penahanan dibuat oleh polis di rumah mereka di Subang Bestari, selepas pulang dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam.

“Datuk dan nenek Zayn Rayyan akan dibawa ke mahkamah pagi ini dan dijangka akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Saya dimaklumkan kedua mereka ditahan di Subang Bestari selepas balik dari mahkamah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Saya kemudian ke IPD selepas dimaklumkan penahanan itu.

“Saya dimaklumkan mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di…. Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*