
Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayan iaitu Zaim berkerusi roda, jengket masuk mahkamah😲
Zaim menjadi perhatian apabila menggunakan kerusi roda yang ditolak oleh bapanya, Zahari Mohd Reba serta ditemani isterinya, Ismanira Abdul Manaf ketika tiba di mahkamah.
Mereka hadir ke mahkamah bagi menyambung perbicaraan kes pengabaian Zayn Rayyan yang ditemui meninggal dunia dalam anak sungai pada 6 Disember 2023.
Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment sama di sini antara 12 tengah hari, 5 Disember dan 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: Malaysia Gazette
📸 : Hari Anggara (Malaysia Gazette)
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply