Keluarga kepada suspek kes pembunuhan wanita berusia 25 tahun baru-baru ini, Nur Farah Kartini pastinya terpalit dengan apa yang telah berlaku dan sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian mereka.
Bapa suspek yang menetap di Melaka berkata dia perlu tabah dengan apa yang berlaku dan meneruskan kerja serta kehidupan seperti biasa.
Takdir penentu segalanya, apa saya nak buat. Perkara sudah terjadi bukan di depan mata dan tidak boleh saya halang.
Tambah petani berusia 64 tahun itu, sepanjang melihat anak lelakinya itu membesar tiada apa yang pelik tentang perangainya.
Malah, dia mengenali anak ke lapan daripada sepuluh adik beradik itu sebagai seorang yang sangat berdisiplin dan suka bergurau dengan keluarga.
Bagaimanapun, dia akui tidak menyebelahi anak lelakinya itu sekiranya memang dibuktikan bersalah membunuh mangsa yang dikatakan merupakan teman wanitanya.
Siapa tak sayang anak. Saya tak pernah didik dia yang bukan-bukan. apa yang berlaku itu atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung.
lokasi pembunuhan nur farah kartini
Keadaan menantu dan cucu.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi tentang menantu dan cucunya berusia lapan bulan itu dalam keadaan baik-baik sahaja. Katanya, polis ada membawa anaknya ke rumah menantu dan wanita itu sempat membuat panggilan video kepadanya.
Selain itu, polis juga memeriksa dan mengambil telefon bimbit isterinya untuk siasatan berkaitan termasuk mesej dihantar wanita itu (mangsa).
Keluarga juga sudah melantik peguam untuk mewakili suspek dalam siasatan kes dan perbicaraan nanti.
Leave a Reply