
Anak bongsu pemain bola sepak, Zaquan Adha dilaporkan meninggal dunia pada usia enam bulan, petang Selasa.
Berita pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha dilaporkan sendiri oleh Zaquan menerusi Instagram Story (IGs).
Salam semua, anak bongsu kami telah kembali kepada penciptanya, sebentar tadi.
Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini.
Bagaimanapun, punca pemergian anak ketujuh itu tidak diberitahu lanjut oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ke tujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
[DIKEMAS KINI] ANAK bongsu kepada pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, enam bulan telah meninggal dunia kira-kira jam 1 petang Selasa.
Berita duka itu dikongsikan sendiri Zaquan menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Salam semua, anak bongsu kami telah kembali kepada penciptanya, sebentar tadi.
“Doakan saya dan isteri kuat dengan dugaan ini,” ujarnya.
Sementara itu, kakak Ayu yang juga pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan, Aisy Al Rees meninggal dunia ketika tidur.
“Kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang tadi, Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya tidak sedar.
“Anaknya meninggal dalam tidur. Sekarang jenazah masih berada di Jabatan Forensik Hospital Rembau.
“Harap dapat dikebumikan malam ini juga,” ujarnya.
Tambah Che Ta, pemergian Aisy Al Rees sememangnya amat memberi kesan kepada seluruh keluarga dan dia sendiri mempunyai hubungan yang cukup akrab.
“Boleh dikatakan setiap minggu Ayu dan anak-anak datang bermalam di rumah saya. Jadi hubungan saya dan anak-anak Ayu memang sangat rapat,” katanya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply